Tuesday, 12 July 2011

SIAPA KITA?

Yang menghafal itu guru Sejarah,
Yang guna teori dan fakta guru Sains,
Yang cakap berbunga itu guru Sastera,
Yang teratur ayatnya itu guru Bahasa Melayu.

Yang banyak kira dan formula guru Matematik,
Yang gelap kulitnya guru Pendidikan Jasmani,
Yang sopan orangnya guru Sivik,
Yang warak orangnya guru Agama.

Yang pelik orangnya guru Pendidikan Seni,
Yang power cakapnya guru guru besar,
Yang tak pernah marah guru kaunseling,
Yang hebat bahasanya guru Etems.

Yang banyak claimnya guru SBT,
Yang banyak sabar guru Pemulihan,
Yang banyak urat dada dan sapu minyak angin guru Pendidikan Khas.

Walau siapapun kita....
Selamat menjalankan tugas,
Semoga ikhlas mendidik anak bangsa,
Dan diberkati dalam segala usaha....

8 comments:

  1. salam...rupanya byk snggh karakter cikgu2 ya..

    ReplyDelete
  2. Yang diarah untuk mengajar adalah seorang guru,
    Yang dikritik peranannya di sekolah adalah guru,
    Yang menanggung beban tugas di sekolah adalah guru,
    Yang berhati mulia adalah seorang guru,
    Yang makan hati berulam jantung adalah guru,
    Yang disayangi di sekolah juga guru,
    Pahit dan manis kita rasa bersama,
    Itulah resam hidup seorang yang bernama guru.

    ReplyDelete
  3. yang penting apa yang kita buat perlu ada ikhlas di hati.sama-amalah kita muhasabah diri.

    ReplyDelete
  4. Bukti guru adalah segalanya !

    ReplyDelete
  5. Yang bercakap dgn dinding guru Bahasa Inggeris . Saya lah tu.. tahun1 plk tu.. tapi saya ok , minyak angin berlambak dalam handbag...

    ReplyDelete
  6. Sememangnya cikgu mempunyai pelbagai kelebihan.

    ReplyDelete
  7. Yang lagi haru tu guru gak.x tau kategori guru yang mana.Cuba cite,cuba cite

    ReplyDelete