Tuesday 12 July 2011

SIAPA KITA?

Yang menghafal itu guru Sejarah,
Yang guna teori dan fakta guru Sains,
Yang cakap berbunga itu guru Sastera,
Yang teratur ayatnya itu guru Bahasa Melayu.

Yang banyak kira dan formula guru Matematik,
Yang gelap kulitnya guru Pendidikan Jasmani,
Yang sopan orangnya guru Sivik,
Yang warak orangnya guru Agama.

Yang pelik orangnya guru Pendidikan Seni,
Yang power cakapnya guru guru besar,
Yang tak pernah marah guru kaunseling,
Yang hebat bahasanya guru Etems.

Yang banyak claimnya guru SBT,
Yang banyak sabar guru Pemulihan,
Yang banyak urat dada dan sapu minyak angin guru Pendidikan Khas.

Walau siapapun kita....
Selamat menjalankan tugas,
Semoga ikhlas mendidik anak bangsa,
Dan diberkati dalam segala usaha....

Sunday 10 July 2011

MAJLIS PERSARAAN PN. HINDUN MUSTAFA


Banner sempena Majlis Persaraan Pn. Hindun


 

Pn. Hindun bersama barisan pentadbir dan YDP PIBG.


Semua guru SKPHD menandatangani kad ucapan persaraan Pn. Hindun.


Barisan guru SKPHD yang sedih dan terasa kehilangan seorang rakan yang disegani.

 
Ucapan terakhir sebagai seorang guru di SKPHD sambil menahan sebak di dada.

 

Pn. Hindun menerima hadiah daripada wakil murid setiap kelas sebagai tanda penghargaan atas jasa- jasa beliau.


Guru- guru SKPHD tidak ketinggalan berposing di sisi kereta antik yang akan dinaiki oleh Pn. Hindun untuk di bawa pulang ke rumah.



 

Pn. Suratni pun tidak ketinggalan berposing di sisi kereta antik.


 
Murid- murid berbaris di jalan keluar untuk bersalaman dengan Pn. Hindun.
 
 

Lambaian terakhir di SKPHD sebelum dihantar pulang. Jasamu dikenang.


Pn. Hindun mengadakan kenduri kesyukuran di terataknya di Kota Mengkuang.

Saturday 9 July 2011

Larian 1 Malaysia

LARIAN 1 MALAYSIA SK PENGHULU HJ DARUS,
WANG TEPUS, JITRA, KEDAH.

 Bacaan doa sebelum memulakan aktiviti larian 1 Malaysia.


Semua guru dan murid memanaskan badan sebelum memulakan larian.


 Guru- guru kelas sedang tekun memasang nombor kepada peserta .


Guru Besar, Pn. Hashimah bt Hashim sedang melepaskan peserta.



 Peserta larian sedang meredah kabus di jalan Kampung Keda Wang Tepus.


Terpancar wajah keriangan setelah tiba di garisan penamat.

Semua warga SKPHD bergambar setelah berjaya menamatkan Larian 1 Malaysia.

Tuesday 14 June 2011

ICT Dalam Pendidikan Seni Visual

http://www.scribd.com/doc/17641445/ictpnp-PSV

Penggunaan ICT dalam Pendidikan Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum. ICT mampu memberi nilai tambah dan kerja seni digital bermutu. Pendekatan ICT yang terbaik mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. ICT berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada murid, guru, panitia dan organisasi sekolah.

Kurikulum PSV mengandungi dua bidang iaitu penghasilan Seni Visual dan Apresiasi Seni Visual. Penggunaan ICT dibahagi kepada empat bahagian iaitu aktiviti penghasilan Seni Visual, Penghasilan Seni Digital, Apresiasi Seni dan Pengurusan Bilik Seni. Aktiviti penghasilan seni visual membolehkan kita mendapatkan contoh unsur seni dan motif serta proses eksperimen dan perkembangan idea..

Penghasilan seni digital ada kalanya perlu gabungkan teknik manual dan ICT dan hasil kerja mesti dicetak. Email, laman web, CD dan E-book adalah kemudahan komunikasi dan perolehan data serta maklumat murid, guru dan sumber luar.

ICT Dalam Pendidikan Muzik

http://diaritugasan.blogspot.com/2008/10/ict-dalam-pendidikan-muzik.html

ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik terbahagi kepada 4 bahagian iaitu sebagai alat penerokaan, komunikasi, aplikasi dan tutorial. Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICt digunakan ebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat, mengkaji sesuatu fenomena dan melihat demontrasi sesuatu kejadian. Pelajar boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan konstruktivisme. ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan, penyelesaian masalah, kajian masa depan dan simulasi. Terdapat pelbagai kelebihan penggunaan ICT untuk pembelajaran Penerokaan Pendidikan Muzik ini.

ICT sebagai alat komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dikatakan sebagai pemudah komunikasi kerana ia dapat membantu guru dan murid berinteraksi dan berkongsi maklumat. Teknik untuk berkomunikasi melalui ICT ialah Teknik Seorang, Seorang kepada Seorang, Seorang kepada  ramai dan ramai kepada ramai.

ICT sebagai alat aplikasi digunakan sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran. Perisian aplikasi ialah seperti editor grafik dan Computer Aided Design (CAD).

ICT dalam pembelajaran tutorial dijalankan dalam kumpulan kecil untuk membantu pelajar dengan lebih dekat dan mendalam dalam sesebuah bidang ilmu. Pembelajaran ini merangkumi proses ekspositori, demontrasi, sistem yang mengawal urutan kandungan tutorial dan latihan atau latih tubi.
Guru juga perlu membuat pertimbangan sebelum menggunakan pendekatan ini. Antara kelebihannya ialah dapat dijalankan secara individu, mengikut kemampuan kendiri, meningkatkan motivasi pelajar dan pembelajaran berlaku tanpa seliaan guru yang minima.

Wednesday 8 June 2011

Tugasan 3

Manual Membuat Blog

  1. Taipkan alamat http://blogspot.com
  2. Klik pada butang Get started

3.   Masukkan alamat email anda dan semua maklumat yang diperlukan. lebih mudah gunakan google mail.


4.   Klik pada butang Continue


5.    Masukkan tajuk blog anda pada kotak Blog title dan alamat blog anda. Pastikan alamat yang mudah diingati.

6.    Klik pada Check Availabillity untuk mempastikan alamat yang anda pilih belum dimiliki oleh orang lain. Jika alamat tersebut sudah dimiliki oleh orang lain, anda boleh memilih cadangan yang diberikan atau memasukkan alamat yang lain.

7.    Kemudian klik pada butang Continue untuk langkah seterusnya.


8.    Pilih template yang anda suka untuk blog anda dan klik pada butang Continue.


9.     Anda telah berjaya membina blog peribadi anda. Klik pada Butang START BLOGGING untuk mula menghantar posting.